Saturday, August 14, 2010

REALITI RAKYAT MALAYSIA: ORANG MISKIN MEMBERIKAN SUBSIDI KEPADA ORANG KAYA!

Lim Chun Piao | Jul 21, 2010 06:39:46 pm

Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini.  Kerajaaan masing-masing mengenengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening).  

Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi kepada formula naik harga pada hari ini.

Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran.  Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?

DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat.  Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.

Defisit meningkat; Hutang melambak
Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri.  Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.

Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya.  Tetapi, apakah harga yang kita bayar?  Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009.  Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.

Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang.  

Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang.  

Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang.  Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!

Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir

Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukannya digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.

Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya.  Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti.  Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah.  Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.


Rakyat Malaysia Yang miskin terpaksa menaggung pemberian subsidi kepada orang-orang kaya

Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an.  Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.

Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang.  Jadi, macam mana?

Akhirnya, rakyat didahulukan dengan  mengenakan cukai keatas rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas.  

Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi.  

Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya.


Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi.  Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidikan yang kaya.

Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat.  Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai1 Malaysia!

"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang.  Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya.  Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib.

*Lim Chun Piao ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

BAGAIMANA SUBSIDI UNTUNGKAN IPP, SEBALIKNYA RUGIKAN RAKYAT DAN KERAJAAN MALAYSIA?

Baru-baru ini, Petronas merungut kerana terpaksa menanggung beban subsidi gas sejumlah RM116 bilion, malah menyatakan harapannya agar kerajaan menunaikan janji untuk memansuhkan subsidi secara beransur-ansur.  Di samping itu, sementara Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan potongan subsidi minyak, gas dan gula, subsidi kepada korporat dikekalkan sebaliknya, memberi manfaat yang terbesar kepada penjana kuasa bebas (IPP).

Sesetengah orang menuding jari terhadap IPP, lantaran daripada double standard yang diamalkan oleh PM Najib dalam isu subsidi.  

Dalam satu kenyataan oleh Persatuan IPP pada 21 Julai 2010, mereka menafikan bahawa IPP menerima manfaat daripada subsidi gas, sebaliknya mendakwa bahawa manfaat ini disalurkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism.

Menurut Persatuan IPP, dalam model operasi IPP yang sedia ada, harga gas ditetapkan oleh kerajaan dan gas ini dibekalkan kepada IPP.  Dalam hal ini, IPP yang menandatangani kontrak dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad), hanya berperanan sebagai pembekal eletrik dan tidak terlibat dalam hal ehwal pengguna.

PPA yang berat sebelah
Bagaimanapun, kenyataan Persatuan IPP ini hanya benar secara luarannya.  Sememangnya IPP tidak memperolehi manfaat kewangan secara langsung daripada subsidi gas ini, tetapi IPP telah mengaut keuntungan yang besar secara tidak langsung daripada subsidi gas ini.  Pada hakikatnya, Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA) antara kerajaan, TNB dengan IPP menjadi punca kepada mekanisme subsidi ini.

Seandainya dilihat dari struktur sektor bekalan elektrik secara menyeluruh, TNB adalah pembekal elektrik yang utama, dengan kira-kira 60% aset kilang penjana elektrik di Semenanjung Malaysia dan 55% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia.  

Sementara itu, IPP menguasai 40% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia di samping 5% yang selebihnya dimiliki SESB di Sabah dan SESCo di Sarawak.

Sektor elektrik merupakan pengguna terbesar dalam pasaran gas semulajadi.  Menurut laporan kewangan Petronas pada tahun 2009, 59.7% gas semulajadi  disalurkan kepada sektor elektrik dan kira-kira dua pertiga daripadanya pula dibekalkan kepada IPP.  Jikalau dilihat mengikut nisbah, IPP merupakan unit penerima subsidi gas yang terbesar dalam sektor elektrik.

Menurut maklumat daripada laporan kewangan Petronas pada tahun 2007, Petronas telah menanggung beban subsidi gas sebanyak RM58.2 bilion untuk sektor elektrik mulai tahun 1997.  

RM27.6 bilion (47%) daripadanya dibekalkan kepada IPP sementara TNB memperolehi subsidi gas sebanyak RM21.2 bilion (37%).  

Malah, RM9.4 bilion (16%) yang selebihnya, dikongsi oleh perusahaan kecil dan sederhana, bidang komersial dan rumah tangga.  Jadi jelaslah bahawa IPP memperolehi subsidi gas yang tertinggi.


Petronas kini membekalkan gas semula jadi kepada sektor elektrik pada harga RM6.40 per mmBtu (Million Metric British Thermal Units), selepas subsidi.  Menurut harga antarabangsa pada pertengahan Julai, harga pasaran gas semulajadi adalah USD 4.39 atau RM14/mmBtu.  Dengan kata lain, IPP membeli gas semula jadi dengan harga RM7.60 (55%) lebih rendah daripada harga pasaran, selepas subsidi yang sudah tentu tidak kecil angkanya.

Subsidi menguntungkan IPP
Seandainya mengikut kenyataan Persatuan IPP, manfaat daripada subsidi akan dialihkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism.  Pada hakikatnya, keadaan tidak berlaku sebagaimana yang diperkatakan.  Setelah membeli gas semulajadi dengan harga yang lebih rendah dari pasaran, IPP tidak membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga rendah, sebagaimana yang dijangkakan.  Sebaliknya, IPP menjual elektrik dengan harga yang lebih tinggi kepada TNB, lantas mengaut keuntungan berganda daripadanya.

TNB terpaksa membeli kuasa elektrik daripada IPP dengan harga yang lebih tinggi kerana terikat dengan PPA, wahal kos TNB untuk menjana elektrik sendiri jauh lebih rendah daripada kosnya membeli dengan IPP.  

Akhirnya, beban peningkatan kos TNB dipindah kepada pengguna, apabila TNB meminta agar kerajaan meluluskan kenaikan harga elektrik.  Dengan kata lain, pengguna bukan sahaja tidak dimanfaatkan daripada subsidi, sebaliknya menanggung kos untuk membeli elektrik daripada IPP.

Lebih-lebih lagi, syarat-syarat yang berat sebelah dalam PPA telah mencungkil pertikaian.  Jeff Rector, seorang pengkaji dari Universiti Stanford di bawah The Program on Energy and Sustainable Development, pernah mengemukakan satu laporan berjudul The IPP Investment Experience in Malaysia pada tahun 2005. 

Menurut laporan tersebut, syarat take or pay yang digariskan dalam PPA menyatakan bahawa TNB bertanggungjawab untuk membiayai kuasa elektrik IPP sama ada bekalan tersebut diperlukan atau tidak.

Menurut laporan ini, kesemua IPP fasa pertama menjana kuasa elektrik dengan gas semulajadi yang dibekalkan Petronas secara khususnya.  

Syarat PPA menyatakan bahawa risiko kenaikan kos gas semulajadi ditanggung sepenuhnya oleh Petronas.  



Malah, dalam PPA untuk IPP fasa pertama, bekalan elektrik ditetapkan pada harga antara 13.7 sen dengan 15.5 sen per kilowatt-hour, jelas lebih tinggi daripada kos yang dihasilkan TNB sendiri.

Harga ini ditetapkan dengan mengambil purata anggaran inflasi untuk tempoh 21 tahun.  Maka dengan ini, untuk beberapa tahun pada peringkat awal secara khususnya, IPP akan mengaut keuntungan yang besar dan keuntungan akan berkurang apabila sampai ke peringkat akhir tempoh 21 tahun ini.  Malah, IPP berpeluang untuk menjelaskan kos permulaannya (modal) pada peringkat awal tempoh 21 tahun ini dan terus menikmati keuntungan setahun demi setahun kemudiannya.

Selain itu, Jeff Rector mendedahkan bahawa lima buah IPP fasa pertama dijamin dengan pulangan 20%, dalam perjanjian konsesi ini.  Tetapi, IPP ini memperolehi pulangan yang lebih tinggi pada akhirnya.

IPP menjadi beban TNB
Manfaat sebagaimana yang disebut di atas tidak dikecapi oleh IPP fasa kedua, apabila PPA menyatakan bahawa risiko kos kenaikan harga bahan bakar ditanggung bersama oleh TNB dan IPP.  Namun demikian, syarat take or pay tetap dikekalkan, iaitu TNB wajib membeli kuasa elektrik daripada IPP, sama ada perlu atau tidak.  Syarat inilah yang menjurus kepada masalah 40% lebihan kapasiti elektrik (unutilized capacity), yang dihadapi oleh TNB.

Jelas, IPP menjadi beban TNB.  Dalam satu wawancara bersama Business Time, yang disiarkan pada 2 Mac 2009, bekas Ketua Pegawai Kewangan TNB, Izzaddin Idris  (gambar kanan) berkata, setinggi 80% kos operasi TNB dalam laporan kewangan tahun 2008 digunakan untuk membiayai IPP, perlombongan arang dan gas semulajadi yang dibekalkan Petronas. 

Antaranya, RM8.7 bilion digunakan untuk membiayai IPP, dengan RM4.8 bilion daripadanya untuk bekalan elektrik.

Izzaddin Idris berkata, TNB akan memperuntukkan RM5 bilion untuk hasilan kuasa elektrik pada tahun kewangan 2009 dan kos ini dijangka akan bertambah pada masa depan.

Ringkasnya, dalam isu subisidi gas dan bekan elektrik, IPP menjadi penerima manfaat terbesar, sementara Petronas, TNB, kerajaan, malah rakyat perlu menanggung kerugian akibat daripadanya.  Subsidi tidak menguntungkan rakyat, yang sebaliknya perlu menanggung kosnya kerana penyelewengan dalam hasilan elektrik.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.  Analisa asal dalam edisi bahasa Cina disiarkan pada 23 Julai 2010.  Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Monday, August 9, 2010

SUBSIDI KEPADA IPP AKAN DIHAPUSKAN JIKA PAKATAN RAKYAT BERKUASA!

Mon, Aug 9, 2010
anwar-ibrahim1 BAYAN BARU (Pulau Pinang): Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memikat perhatian para penyokong  PKR pada majlis makan malam bertujuan mengumpul dana di sini semalam dengan memberi sekilas gambaran apa pentadbiran Pakatan Rakyat akan lakukan dalam enam bulan pertama jika berkuasa kelak.

Subsidi kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP – Independent Power Producer) akan dipotong selepas rundingan semula dibuat dan ahli akademik terbaik di negara ini, tanpa mengira bangsa, akan diamanahkan menyelia 20 universiti awam.

"Kita akan menjimatkan beberapa bilion ringgit dari potongan subsidi IPP dalam tahun pertama," kata Anwar di depan lebih 500 tetamu pada majlis jamuan itu.

"Kami akan memberitahu ahli-ahli akademik yang diamanahkan, mereka diberi masa tiga tahun untuk meningkatkan standard universiti, jika tidak mereka akan dipecat," kata Anwar ketika menggariskan satu lagi langkah berani yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, terang Anwar, "rakyat bertanya jika saya pasti dapat membawa perubahan di negara ini setelah berlaku berbagai kerosakan dalam negara ini.  Saya beritahu mereka, jangan ragu mengenai keikhlasan dan kesungguhan saya untuk melaksanakan perubahan."

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengingatkan rakyat pelbagai kaum dari terperangkap dalam menentang pendekatan rasis Umno-Barisan Nasional berhubung isu-isu etnik.

"Kita mesti lihat kepada anggota masyarakat yang terpinggir di negara tanpa melihat dari kaca mata kaum yang digunakan oleh Umno-BN," nasihat beliau.

"Kita harus melihat mereka sebagai golongan miskin yang harus dibantu.  Kita jangan menentang perkauman dengan menggunakan kefahaman sempit kita sendiri," katanya dengan menerima sorakan gemuruh.

"Dalam lipatan sejarah, gerakan dan pemimpin yang berjuang di atas dasar perkauman yang sempit hanya berjaya pada tempuh masa yang singkat.  Kejayaan mereka hanya sementara dan mereka akan terhumban tidak lama selepas itu," tambah beliau.

Jurang yang lebih luas

Anwar menarik perhatian para tetamu mengenai jurang yang semakin melebar dalam pendapatan di antara mereka yang kaya dan yang miskin dalam semua kaum.

"Jurang di antara kaum ini sangat luas dan membimbangkan serta memperlihatkan karekter elitis dalam dasar Umno-BN," katanya.

"Negara kita diperintah oleh golongan kaya yang merebut kekayaan untuk anak-anak dan kroni mereka," dakwa Anwar.

"Kerajaan Pakatan Rakyat akan menyekat perampokan kekayaan negara dan pembaziran sumber-sumber yang sangat berleluasa," katanya.

Anwar merasa curiga tentang rundingan tanah dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), di mana bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA sedang didakwa, bahawa ianya hanya melibatkan seorang individu sahaja.

"Saya tahu bagaimana proses pembuat keputusan dalam kabinet dijalankan apabila melibatkan perkara seperti ini," kata Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri penuh dalam kabinet pada pertengahan tahun 1980an dan sehingga beliau dipecat pada 1998.

"Rantaian tanggungjawab dalam perkara-perkara seperti pembelian tanah dalam PKFZ melibatkan ramai menteri, dan bukan seorang sahaja," katanya. 

Tuesday, July 20, 2010

WAHAI PEMIMPIN NEGARA! KEMANA PERGINYA SUBSIDI KAMI?

Wahai pemimpin negara
kenapa kalian rampas subsidi kami?
kemanakah ianya hendak dibawa lari?
Kenapa kami yang msikin ini?
yang jadi mangsa percaturan kalian?
kenapa kami?
Kenapa kami?
yang hanya mencari rezeki untuk sesuap nasi
bagi keluarga kami,
yang jadi mangsa pelarasan subsidi!
Kenapa kami?
Kenapa kami?
Kenapa kami?




Wahai pemimpin negara
Kenapa kalian beritahu, pelarasan subsidi mesti dilakukan?
Kenapa? Kenapa?
Sedangkan kalian juga yang kata negara kita akan jadi negara maju!




Wahai pemimpin negara
Apakah sudah habis harta negara?
maka pelarasan subsidi mesti dilakukan?
Bukankah kutipan hasil negara berjuta-juta
Bukankah syarikat itu , syarikat ini keuntungannya berjuta-juta
maka pastinya kutipan cukai juga berjuta-juta
masakan dah habis kesemuanya
wahai pemimpin negara.


Wahai pemimpin negara
Apakah kalian ingin melihat rakyat semua menderita
Terseksa, merana dan meratap
akibat kenaikan harga
sedangkan kalian makin kaya, makin kaya, makain kaya


Wahai pemimpin negara
Adakah kerana kami orang desa, yang tidak pandai kira berjuta-juta?
Adakah kami hanya orang kecil yang duduk dikota, tak punya harta berjuta-juta
maka kami dilakukan begitu sahaja?
kalian yakin kami tidak mampu berbuat apa-apa.



Wahai pemimpin negara
jika  biasanya kami diam-diam tanpa kata-kata
Adakah kalian yakin hari ini, kami  juga diam tak berkata apa?

Wahai pemimpin negara
Apalah yang kami anak nak beritahu anak-anak kami yang hendak ke sekolah?
Ayah dan ibu semakin parah? wang makin tiada?
jika semalam ada juga lauknya, hari  ini cuma ada kuah!
jika semalam dapatlah juga makan sepinggan, hari ini  cuma separuh!


Apalah kami nak beritahu anak-anak kami
jika mereka meminta-minta nak beli itu ini?

Apakah kami nak beritahu anak-anak kami
kami sudah tiada duit lagi?
sedangkan mereka anak-anak kecil lagi!
aduh, duh, duh.
parahnya memikirkan nasib ini.

Apakah kami nak beritahu anak-anak kami
berpergian kesekolah tanpa duit nasi
kesiannya mereka, kalau lapar nanti
tetapi apakan daya kami
mengeluhpun tiada erti
kerana duit pun tiada lagi
untuk menampung kenaikan harga itu ini.




Wahai pemimpin negara
Apakah  kami kena beritahu anak-anak kami?Kerajaan kita sudah bankrap?

nanti apa pula kata mereka
tentang pemimpin negara!

Wahai pemimpin negara
yang tidak pernah mengetahui  kesusahan hidup kami
maka pastinya  kalian tidak mengerti apa maknanya
kenaikan harga barang-barang buat kami
betapa deritanya dan susah hatinya kami
menanggung kenaikan harga itu



Wahai pemimpin negara!
kesihanilah kami, rakyat jelata
yang kerja dengan gaji kecil
yang kerja kais pagi makan pagi
kadang-kadang kais pagi makan petang
kadang-kadang ada rezeki, kadang-kadang tiada
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
begitu juga walaupun dikota
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja.
hanya untuk mencari sedikit rezeki,
jangalah seksa akmi dengan pelarasan subsidi

Wahai pemimpin negara!
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang dah lanjut usia?.
melihat baju dan kasut anak-anak yang koyak rabak?
tinggal dalam rumah  berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak
tidak punya uang untuk beli itu ini
membiarkan apa yang berlaku itu berlalu begitu sahaja
tetapi kini kau tambahkan pula derita dan sengsara
yang sememangnya sebelum ini pun dah tidak tertanggung oleh kami.

Wahai pemimpin negara!
hidup kalian sungguh mewah tidak terkira
hidup bagaikan dikayangan
hidup dalam rumah besar bagaikan istana,
mempunyai puluhan kereta yang harganya berjuta-juta.
gaji dan elaun tidak terusik,
semuanya dapat percuma, ditanggung kerajaan!
makan minum usah dikira, semuanya ditanggung negara
semuanya tidak terkecuali adalah ditanngung negara!




Tetapi kami
tapi kami masih lagi di sini
masih di teratak buruk dan hampir roboh ini...
dengan lauk semalam yang terpaksa ditinggalkan,
untuk sajian hari ini
jika tak buat begitu, tak dapatlah makan kami
itulah kehidupan kami

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
bahasa apalah  yang kalian gunakan
kalian yang belasah segala-glanya, kami pula  yang dikatakan bersalah.
kalian yang buat untung, kami tak dapat apa-apa
kalian yang buat hutang, kami pula  yang terpaksa tanggung.
kalian hidup mewah melimpah, kami hidup susah
kalian hilangkan wang negara, wang poket kami pula digunakan untuk melangsaikannya.
kalian hendak bina istana, wang poket kami juga yang jadi mangsanya


lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Thursday, June 17, 2010

Bukan Semua Subsidi Buruk Kepada Negara

1. Pembentangan Makmal Rasinonalisasi Subsidi baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat negara ini. Jika saranan-saranan oleh Makmal tersebut dilaksanakan sepenuhnya saya percaya negara ini akan mengalami inflasi yang serius dan akan menjejaskan kehidupan rakyat.

2. Pada Disember tahun lalu saya mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan had kemampuan kerajaan memberi subsidi dan menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai.

3. Sebaliknya apa yang diumumkan ialah usaha kerajaan untuk menarik balik semua subsidi bagi menambah kantung negara untuk tujuan projek pembangunan?

Subsidi dan Monopoli
4. Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak begitu utama kepada rakyat seperti gula. Namun penghapusan subsidi ini perlu dijalankan serentak dengan liberalisasi industri tersebut. Benarkan sesiapa sahaja mengimpot gula dan bersaing dengan terbuka.

5. Demikian juga beras, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, jalan terbaik ialah menghapuskan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar. Kerajaan tidak boleh dalam satu keadaan menarik subsidi tetapi dalam masa yang sama mahu menentukan "bilangan pemain dan siapakah yang dipilih" dalam industri berkenaan.

6. Kerajaan tidak boleh melakukan dua perkara yang kontradik atau berlawanan dalam masa yang sama. Dalam keadaan kerajaan tidak mahu menanggung beban kewangan, kerajaan pula mahu bertindak sebagai penguasa yang menghalang rakyat mendapat barangan murah. Tidak patut, tidak patut. Rakyat janganlah dizalimi!


Subsidi Petrol dan Inflasi
7. Subsidi sungguhpun ada keburukan kepada ekonomi negara namun dalam banyak hal ia juga membantu rakyat dan ekonomi. Ada subsidi membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekaligus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti mana subsidi petrol.

8. Jika harga petrol terlalu tinggi ia akan menyebabkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi keluar membeli belah, bersiar, mahu pun melancong di dalam negara. Ini sekaligus mengurangkan putaran ekonomi negara. Dalam jangka masa panjang ekonomi negara akan meleset sekaligus akan lebih merugikan kerajaan.

9. Status harga petrol sepatutnya dikekalkan seperti sekarang iaitu, Petrol RON 95 dijual dengan subsidi 30 sen seliter. Manakala Petrol RON 97 dijual mengikut harga pasaran. Ini satu yang telah diterima oleh rakyat dan sewajarnya diteruskan. Malahan saya ingin menyarankan agar harga Ron 97 ditentukan terus oleh syarikat minyak tanpa campur tangan kerajaan.

10. Dalam pada itu, pam bagi petrol RON 97 juga harus diperbanyakkan bagi membolehkan mereka yang ingin menggunakan RON 97 tidak perlu menunggu lama akibat pam yang terhad. Stesen minyak harus menyediakan pam yang sama banyak antara petrol RON 95 dan RON 97. Ini akan menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan RON 97.

Jangan Usik Subsidi Pendidikan

11. Saya berharap kerajaan tidak mengambil keputusan "mengacau" peruntukan subsidi dalam bidang pendidikan. Ini kerana ia merupakan masa depan anak-anak kita. Kerajaan sepatutnya mencari jalan memberi lebih banyak pendidikan murah dan percuma kepada rakyat bukannya berusaha menambah beban perbelanjaan pendidikan kepada rakyat.

12. Kita mungkin dapat menjimat perbelanjaan negara dengan menarik subsidi pendidikan namun dalam masa akan datang lebih banyak akan dibelanja oleh kerajaan bagi menangani pelbagai masalah sosial, jenayah dan kemiskinan apabila generasi muda tercicir dalam pendidikan.

Menambah Pendapatan Negara
13. Saya melihat kerajaan lebih ke arah mencari jalan mengurangkan perbelanjaan subsidi berbanding mencari jalan menambah pendapatan. Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Menteri tentu boleh menyelesaikan masalah pendapatan negara jika sekadar mahu mencadangkan penghapusan subsidi.

14. Sebaliknya kita mahu Menteri yang boleh mendapatkan pendapatan negara yang lebih besar bagi membantu rakyat dalam negara. Kita memerlukan menteri yang boleh meningkatkan pendapatan negara tanpa menarik terlalu banyak keistimewaan yang dinikmati rakyat. Apa salah subsidi jika ia mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat? Bukankah tugas kerajaan mensejahterakan kehidupan rakyat?

15. Apa yang perlu kerajaan lakukan hari ini ialah meningkatkan pendapatan negara bagi membolehkan pendapatan negara berkali ganda lebih besar daripada perbelanjaan subsidi.

16. Rakyat mahu melihat kesungguhan kerajaan meningkatkan pendapatan negara bagi membantu mereka bukannya menarik keselesaan rakyat bagi memberi lebih banyak wang kepada kerajaan.

17. Kerajaan juga seharusnya melaksanakan perbelanjaan berhemah dengan memastikan setiap sen perbelanjaan kerajaan adalah pada kadar yang sepatutnya dan tidak berlebihan dan tidak keterlaluan.

Thursday, June 10, 2010

pendapat rakyat mengenai penarikan subsidi

Mamat – selalu bertekak di kedai kopi
Share
RAMAI yang bincang soal cadangan kerajaan mengurang dan memansuhkan subsidi. Ada yang sokong dan tidak kurang juga yang bantah. Apa pun, jika rakyat negara ini mahu seiring dengan mentaliti rakyat negara maju, mereka kena keluar daripada kepompong subsidi.






aaa