Tuesday, July 20, 2010

WAHAI PEMIMPIN NEGARA! KEMANA PERGINYA SUBSIDI KAMI?

Wahai pemimpin negara
kenapa kalian rampas subsidi kami?
kemanakah ianya hendak dibawa lari?
Kenapa kami yang msikin ini?
yang jadi mangsa percaturan kalian?
kenapa kami?
Kenapa kami?
yang hanya mencari rezeki untuk sesuap nasi
bagi keluarga kami,
yang jadi mangsa pelarasan subsidi!
Kenapa kami?
Kenapa kami?
Kenapa kami?




Wahai pemimpin negara
Kenapa kalian beritahu, pelarasan subsidi mesti dilakukan?
Kenapa? Kenapa?
Sedangkan kalian juga yang kata negara kita akan jadi negara maju!




Wahai pemimpin negara
Apakah sudah habis harta negara?
maka pelarasan subsidi mesti dilakukan?
Bukankah kutipan hasil negara berjuta-juta
Bukankah syarikat itu , syarikat ini keuntungannya berjuta-juta
maka pastinya kutipan cukai juga berjuta-juta
masakan dah habis kesemuanya
wahai pemimpin negara.


Wahai pemimpin negara
Apakah kalian ingin melihat rakyat semua menderita
Terseksa, merana dan meratap
akibat kenaikan harga
sedangkan kalian makin kaya, makin kaya, makain kaya


Wahai pemimpin negara
Adakah kerana kami orang desa, yang tidak pandai kira berjuta-juta?
Adakah kami hanya orang kecil yang duduk dikota, tak punya harta berjuta-juta
maka kami dilakukan begitu sahaja?
kalian yakin kami tidak mampu berbuat apa-apa.



Wahai pemimpin negara
jika  biasanya kami diam-diam tanpa kata-kata
Adakah kalian yakin hari ini, kami  juga diam tak berkata apa?

Wahai pemimpin negara
Apalah yang kami anak nak beritahu anak-anak kami yang hendak ke sekolah?
Ayah dan ibu semakin parah? wang makin tiada?
jika semalam ada juga lauknya, hari  ini cuma ada kuah!
jika semalam dapatlah juga makan sepinggan, hari ini  cuma separuh!


Apalah kami nak beritahu anak-anak kami
jika mereka meminta-minta nak beli itu ini?

Apakah kami nak beritahu anak-anak kami
kami sudah tiada duit lagi?
sedangkan mereka anak-anak kecil lagi!
aduh, duh, duh.
parahnya memikirkan nasib ini.

Apakah kami nak beritahu anak-anak kami
berpergian kesekolah tanpa duit nasi
kesiannya mereka, kalau lapar nanti
tetapi apakan daya kami
mengeluhpun tiada erti
kerana duit pun tiada lagi
untuk menampung kenaikan harga itu ini.




Wahai pemimpin negara
Apakah  kami kena beritahu anak-anak kami?Kerajaan kita sudah bankrap?

nanti apa pula kata mereka
tentang pemimpin negara!

Wahai pemimpin negara
yang tidak pernah mengetahui  kesusahan hidup kami
maka pastinya  kalian tidak mengerti apa maknanya
kenaikan harga barang-barang buat kami
betapa deritanya dan susah hatinya kami
menanggung kenaikan harga itu



Wahai pemimpin negara!
kesihanilah kami, rakyat jelata
yang kerja dengan gaji kecil
yang kerja kais pagi makan pagi
kadang-kadang kais pagi makan petang
kadang-kadang ada rezeki, kadang-kadang tiada
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
begitu juga walaupun dikota
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja.
hanya untuk mencari sedikit rezeki,
jangalah seksa akmi dengan pelarasan subsidi

Wahai pemimpin negara!
pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang dah lanjut usia?.
melihat baju dan kasut anak-anak yang koyak rabak?
tinggal dalam rumah  berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak
tidak punya uang untuk beli itu ini
membiarkan apa yang berlaku itu berlalu begitu sahaja
tetapi kini kau tambahkan pula derita dan sengsara
yang sememangnya sebelum ini pun dah tidak tertanggung oleh kami.

Wahai pemimpin negara!
hidup kalian sungguh mewah tidak terkira
hidup bagaikan dikayangan
hidup dalam rumah besar bagaikan istana,
mempunyai puluhan kereta yang harganya berjuta-juta.
gaji dan elaun tidak terusik,
semuanya dapat percuma, ditanggung kerajaan!
makan minum usah dikira, semuanya ditanggung negara
semuanya tidak terkecuali adalah ditanngung negara!




Tetapi kami
tapi kami masih lagi di sini
masih di teratak buruk dan hampir roboh ini...
dengan lauk semalam yang terpaksa ditinggalkan,
untuk sajian hari ini
jika tak buat begitu, tak dapatlah makan kami
itulah kehidupan kami

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
bahasa apalah  yang kalian gunakan
kalian yang belasah segala-glanya, kami pula  yang dikatakan bersalah.
kalian yang buat untung, kami tak dapat apa-apa
kalian yang buat hutang, kami pula  yang terpaksa tanggung.
kalian hidup mewah melimpah, kami hidup susah
kalian hilangkan wang negara, wang poket kami pula digunakan untuk melangsaikannya.
kalian hendak bina istana, wang poket kami juga yang jadi mangsanya


lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

No comments:

Post a Comment